About Me

Mula ditubuhkan pada tahun 2010 diasaskan oleh En Mohd Azhari selaku Presiden 3C..Objektif utama ditubuhkan adalah untuk mengeratkan hubungan penggemar-penggemar MTB dan mengisi masa lapang dengan aktiviti riadah yang sihat.

Thursday, April 28, 2011

crazy ride ~ pecah batu

Tarikh : 24 april 2011
jarak : 47 km (pegi balik)
peserta :
  1. Mr P
  2. pawi
  3. panjang
  4. nyam
  5. sepu
  6. gbum

setelah sekian lama sunyi dari aktiviti kayuhan akhirnya pada 24 april lalu 1 pogram telah berjaya dilaksanakan ..konsep kayuhan kali ini adalah berkayuh dan bercamping..sejajar dengan tema tersebut beberapa ramuan untuk  bbq dibawa bersama termasuk 2 ekor ayam yg telah siap diperap dang dibungkus oleh en pawi..credit untuk en pawi..(sedappppppp)..

jam 8.00 peserta berkumpul di bengkel L2, en sepu adalah peserta yg pertama tiba mungkin x sabar nak bekayuh.. dan org yg terakhir adalah Mr P..(hehehehehe)..setelah selesai membahagikan barang2 yg perlu dibawa , kayuhan bermula dan singgah sbentar di felda behrang untuk makan 'penambah tenaga' iaitu nasik lemak meran...

9.00 am kayuhan diteruskan melalui kawasan sukar felda behrang ke kg sg jurung (ofroad)..dan terus ke pecah batu melalui trek yg diluar dugaan pengayuh..memang mencabar..sampai dikawasan perkelahan aktiviti bbq bermula .. hujan mulaiturun namun x mematahkan semangat peserta untuk meneruskan aktiviti..antara menu bbq adalah ayam,jagung cameron, ikan tengas hasil pancingan Mr P dan panjang..

jam 4.00pm bertolak pulang melalui jalan proton city (onroad)..

berikut  sedikit gambar...layannnnnnnnn










Monday, April 18, 2011

Karnival MTB Batang Kali.. (kucewa)

Selepas bukit merah destinasi jamboree kali ini bertumpu di Sungai Buaya Batang kali...Kesemua pengayuh 3C begitu teruja untuk berkayuh di jamboree ini,  berbagai persiapan telah dibuat  khas untuk jamboree yg akan berlangsung pada 17/4/2011 bertempat di dataran sungai buaya..Trek yg menjanjikan kepuasan maksimum seperti yg diwar-warkan dlm blog jamboree ini membuatkan  pengayuh-pengayuh 3C x sabar menanti hari pelepasan...

Seawal jam 5.00 am Buya dan Nyam telah bergerak dari PSAS meninggalkan rakan-rakan lain, mungkin dek x sabar nak berkayuh agaknya..hehehe..diikuti dengan Mr P dan penulis yang bergerak pukul 5.30 am dan seterusnya Pawi dan panjang yg bergerak entah pukul berapa.....

pukul  7.00 am kesemua pengayuh 3C telah ada divanue pelepasan...semuanya berjalan lancar sehinggalah pihak penganjur membuat pelepasan  jam lebih kurang 7.45am.. sejam kemudian masalah bermula apabila hampir separuh peserta tidak melalui laluan yg betul dan menyebabkan peserta tidak puas hati terhadap penganjur dan bertindak balik semula ke garisan permulaan..termasuk le penulis sendiri....sampai di garisan permulaan penulis lihat  sudah ramai pengayuh berkumpul disitu sambil  memprotes  ambil ditenteramkan oleh wakil penganjur..

setelah hampir sejam berbincang akhirnya keputusan dicapai bersama.. aktiviti  diteruskan  dengan penyampaian hadiah cabutan no bertuah sehinggalah pukul 12.00tgh majlis bersurai..

secara peribadinya penulis merasa masalah yg  terjadi adalah disebabkan komunikasi yg  tidak berkesan diantara penganjur itu sendiri selain persediaan yg tidak teratur..walaubagaimanapun sikap penganjur yg berani untuk bertanggungjawab atas masalah yg berlaku harus dipuji,,semoga ini menjadi pengajaran yg berharga kepada semua yg berminat untuk jadi penganjur Jamboree...

sekian.....jom layan sedikit gambar.......................zassssssssssssss


sebelum pelepasan..

 penganjur sedang mententeramkan peserta..

 Panjang bersiap sedia untuk patah balik..hehehe

 penulis ber 'aksi'  sebelum patah balik

 semangat membara sebelum kayuhan


 antara laluan jamboree..(salah jalan ni marshall kata)


 basuh beskal rm2

 menunggu kalo-kalo bertuah..dr kiri panjang,wadi,pawi,Mr P


 Jom Bang kita patah balik...(org depan tu jerit)

 protesssss

 bertuah ke?

 penulis memegang hadiah cabutan bertuahnya...langganan majalh cycling malaysia selama setahun serta botol air mcm pawi..


 Mr P  diberi kepercayaan menyampaikan hadiah cabutan bertuah..(glamour tuh)


nyam and buya.

sekian sehingga berjumpa lagi........................

Mini Jamboree Piala Pengarah PTSB -Kulim

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dah lama x update blog nih...x berkesempatan...sopagi ni kebetulan cuti aku update sket aktiviti yg telah disertai oleh ahli 3C  sepanjang bulan 3-4 ni untuk tatapan bersama...:)

bermula dengan kayuhan mini jamboree yg bertempat di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) kulim pada 19/3/2011 yg lalu..3C telah menghantar wakil bagi kategori terbuka seramai 10 org dan diiring oleh pengayuh-pengayuh PSAS seramai 16 org.  peserta 3C adalah :

  1. Wak (Mr P)
  2. Buya
  3. Mat Mirul
  4. Panjang
  5. Pawi
  6. G-bum
  7. Sepu
  8. Nyam
  9. Jai
  10. Izwan
rata-rata peserta 3C  ini merupakan kali pertama menyertai jomboree oleh yang demikian perasaan gemuruh menghantui peserta. tapi masalah ini  cuma seketika  dan akhirnya kesemua peserta 3C dapat menamatkan kayuhan.. disertakan gambar semasa jamboree..layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

tiba seawal jam 6.30 am membuatkan 3C menguasai garisan hadapan..




muka-muka pengayuh PSAS..


Mr Presiden bergambar bersama  'sifu' nya..

  gambar sebelum pelepasan

  Pawi bergambar kenangan

  Nyam di pertengahan kayuhan berhenti untuk makan pisang bersama penulis..hehehe


 Medal pertama penulis bernombor .......rahsia..:)


En sepu sedang mencari port untuk  menjamah makanan

Monday, February 21, 2011

Kayuhan petang 21/2/2011

route:poli-felda behrang-poli
Jarak:15.44km
ahli terlibat :
  1. gbum
  2. panjang
  3. fakar
  4. dol
  Pukul 5.30pm berkumpul di port biasa (depan auto)..lebih kurang 6.00pm kayuhan bermula, kayuhan petang ini disertai  oleh 4 org ahli sahaja...yang lainnya mungki banyak keje atau mungkin juga penat kayuhan bukit serigala belum hilang...
apapun kayuhan tetap jalan....check point hari ini adalah RNR behrang...berehat sambil minum cincau...layanzzzzzzz
berikut sedikit gambar untuk tontonan umum....gambar x banyak  kerana penulis terlalu leka berkayuh sehinggakan x sempat merkam gambar kayuhan...

 sampai di port utk berehat




 possing maut...hehehehe






 dol dgn gaya manjanya....



kita bertemu lagi...
'kayuh untuk kesihatan'

Tuesday, February 15, 2011

3C 100km Challenge 2011

Tarikh : 12 febuari  2011
route : tasik slim river - kuala slim-SKC-gedangsa-behrang stesen-tanjung malim-malim prima-slim village-tasik slim.
Penyertaan:
  1. Mr P
  2. Buya
  3. gbum
  4. izwan
  5. Nyam
  6. panjang
  7. En sepu
  8. Fakar
  9. Pawi 
Kronologi kayuhan.

7.00am - peserta berkumpul sambil menyiapkan basikal masing-masing.
8.00am - acara memasang sticker pada basikal
8.30am - kayuhan bermula dari tasik YDP Slim river menuju kuala slim seterusnya SKC dan berhenta   untuk    sarapan pagi kedai wak Behrang Stesen..disini seorang lagi ahli turut serta iaitu saudara Pawi..Selesai sarapan hampir sejam, kayuhan diteruskan lagi ke Tg Malim melalui kgselisek..sampai di Tg malim ahli kelihatan sudah kepenatan lalu berhat sebentar di pyorr..15 minit rehat kayuhan diteruskan lagi ke malim prima  slim village dan berehat di checkpoint terakhir iaitu sg bil..disni aktiviti mandi-manda sambil makan makanan ringan..setelah badan segar dan cukup rehat, kayuhan terus ke tasik YDP..(buya,mr P dan panjang masuk ke ulu slim bagi mencukupkan jarak kayuhan 100km)..
3.45pm - tiba di tasik YDP..

 penulis bersama jenteranya..kehkehkeh

 bergambar sebelum berlepas...

 berehat di SKC
 



 kepuasan terserlah

 buya memberi kata2 perangsang kepada rakan2 yg kebanyakannya dah hampir putus harapan...kehkehkeh

matlamat